Tentang kita (About Us)

Ekoran dari Covid19 banyak perniagaan di Singapura dan seluruh dunia menderita.   Di masa yang sangat tertekan ini,  sekumpulan kami memutuskan  untuk memulakan KLUB PERNIAGAAN MIKRO GEYLANGSERAI.COM.

Pekerjaan hilang! Banyak yang menjadi pemandu dan penghantaran sambilan. Sabahgian besar pekerja yang hilang pekerjaan condong pada- Perniagaan Dari Rumah, atau HBB.

Peniaga Peniaga Kecil (micro-biz) tidak mahir dalam bidang perniagaan.

Sebilangan besar Peniaga Peniaga Kecil (micro-biz) pula, tidak mahir dalam bidang perniagaan. Mereka tidak faseh dari segi
 hasil dan keuntungan,
 kos permulaan,
 pulangan pelaburan
 pulangan modal
 pusingan wang
 anjuran aliran tunai
 Perbelanjaan bisnes.
 Dan lain lain perkara

kesukaran Peniaga Kecil

pemilik perniaga kecil mendapati kesukaran

Di dalam beberapa kajian, sabahgian pemilik perniaga kecil mendapati kesukaran untuk mendapatkan  Maklumat perniagaan praktikal, Mentor perniagaan yang membolehkan mereka percayai untuk meminta nasihat, Bagaimana mereka dapat meningkatkan penjualan syarikat mereka,  Amalan terbaik untuk perniagaan mereka

19

 Sebilangan besar Peniaga Peniaga Kecil (micro-biz)juga tidak mempunyai ilmu berkenaan,

 rancangan perniagaan,
 o peta perniagaan mereka
 o Peta jalan kehidupan peribadi mereka.
 Mereka murung & bersendirian.
 Tidak ada tempat atau rakan yang boleh di ajak berunding.
 Tidak ada rakan yang boleh mereka berkongsi impian atau masalah mereka.
 Tidak ada temepat atau rakan yang boleh di kongsi masalah kewangan mereka.

Visi dan Misi

Visi kita: menaikkan tahap kewangan dan sekaligus tahap hidup ahli KLUB PERNIAGAAN MIKRO GEYLANGSERAI.COM

Misi kita:  berkongsi ilmu dan kepakaran perniagaan supaya semua ahli maju bersama. Tidak ada yang ketingallan.

MEGUNDANG
Pasukkan Pelatih dan Pakar segala bidang

Mengundang pelatih, mentor, pembimbing dan ahli perniagaan yang berpengalaman untuk berkongsi pegalaman mereka dan juga membimbing ahli Geylang Serai.com